PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Ustazah Hjh Sapiah Binti Ali

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HEM
Ustazah Suaibatulaslamiah bt Mseran

Rabu, Ogos 03, 2011

Ujian Kelayakan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2012

Ujian Kelayakan kemasukan ke tahun satu bagi sesi 2012 akan diadakan pada masa dan ketetapan berikut:

Tarikh : 6 Ogos 2011
Masa : 8.00 pagi.
Tempat: Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi.

Semua calon tahun satu SRAB sesi 2012 diwajibkan hadir..

Rabu, Julai 06, 2011

Mesyuarat Agung PIBG dan Anugerah Bestari



Pada 2 Julai 2011 yang lalu Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 dan Anugerah Bestari 2010 telah berjaya dilaksanakan. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Hj Baderi bin Dasuki ADUN merangkap Ketua UMNO Bahagian Tenggara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Guru Besar Ustaz Adanan bin Bahari dan Yang Dipertua PIBG SRAB Kota Tinggi Encik Alaudin bin Dato' Yusof. Majlis turut dihadiri oleh ibubapa dan murid-murid cemerlang tahun 2010.

Isnin, Julai 04, 2011

Program Jalinan Mesra

Gambar 1

Gambar 2

Pada 29 Jun 2011 yang lalu, sekolah telah menganjurkan Program Jalinan Mesra (Hari Terbuka) 2011 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dianggarkan lebih 90 peratus ibubapa dan penjaga dapat hadir bagi membincangkan prestasi anak-anak masing-masing.

Pada hari tersebut juga, Unit Kantin telah menganjurkan jualan di gerai-gerai yang diusahakan oleh badan beruniform, kelab-kelab, kedai buku dan syarikat swasta bagi memeriahkan program ini.

Untuk gambar-gambar semasa program berlangsung, sila lawati http://www.facebook.com/profile.php?id=100002331858303

Khamis, April 28, 2011

Ihtifal Ilmi 2011 di SRAB Kota Tinggi

Kota Tinggi 23 April 2011. Ihtifal Ilmi bagi murid-murid Sekolah-sekolah Rendah Agama Bersepadu Kerajaan Johor (SRAB) telah berlangsung di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi. Lapan buah SRAB mengambil bahagian dalam sembilan acara yang dipertandingkan.

Pada pertandingan kali ini SRAB Segamat telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan mengalahkan tujuh buah SRAB lain. SRAB Kota Tinggi berada di kedudukan ke empat. Acara penutup telah disempurnakan di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi dan telah dirasmikan sendiri oleh Tuan Haji Elias bin Hasran, Pengarah Jabatan Agama Johor.

Majlis penutup diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh juara pertandingan dari daerah Segamat.

Ihtifal Sukan SRAB- Balapan dan Padang

Sila lihat di laman facebook Sekolah untuk gambar dan liputan sekitar majlis