PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Ustazah Hjh Sapiah Binti Ali

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HEM
Ustazah Suaibatulaslamiah bt Mseran

Sabtu, Julai 11, 2009

Tiga Wakili SRABKT Ke Peringkat Daerah


Oleh : Anak Malaysia

Kota Tinggi. 11 Julai 2009. Seramai tiga orang murid SRABKT akan mewakili sekolah dan Zon dua ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi yang bakal diadakan pada 13 Julai ini bertempat di Bandar Tenggara. Mereka adalah adik Nor Insyirah bt Hj Norhuda dari 3 Jannatul Firdaus, Mohd Syukri Abd Rahman dari 5 Jannatul Firdaus dan Afi Azim dari 2 Jannatul Firdaus yang masing-masing akan mewakili kategori Seni Khat, Tahfiz Tahap 1 dan Kuiz Darjah Dua.

Sejak memenangi pertandingan peringkat zon yang lalu, ketiga-tiga mereka telah menjalani latihan yang khusus bagi menghadapi pertandingan minggu depan. Menurut Guru Besar, Ustaz Adanan bin Bahari, SRAB sepatutnya menghantar satu lagi wakil iaitu adik Abdul Rais dari 6 Jannatul Firdaus yang menarik diri pada saat akhir. " Rais sepatutnya mewakili kita dalam kategori Syarahan Bahasa Arab, tetapi apakan daya beliau terpaksa menarik diri untuk memberi perhatian kepada peperiksaan UPSR beberapa minggu lagi", katanya dalam nada kecewa.

Pertandingan minggu depan juga mencatat sejarah tersendiri apabila salah seorang guru SRAB, Ustaz Shahrulnizam bin Salimon (gambar) telah diberi mandat untuk menjadi juruacara pada majlis tersebut. Beliau ketika ditemui berkata sudah bersedia dan berharap majlis yang bakal dikendalikannya nanti akan berjalan dengan lancar.

Misteri "Katak Gergasi" Terjawab

oleh : tkbars

KOTA TINGGI. 11 Julai. Misteri katak gergasi di kolam ikan hiasan SRABKT terjawab apabila Encik Sumeili Ali yang bertugas sebagai pengawal keselamatan mengakui beliaulah yang meletakkan replika katak gergasi di kolam tersebut sejak dua minggu lalu.

Kehadiran katak tersebut yang diletakkan di bawah air terjun kolam itu menjadi tanda tanya sejak dua minggu lalu kerana tidak diketahui dari mana asalnya. Menurut Encik Sumeili yang ditemui disini berkata, replika katak tersebut sebenarnya ditemui di rumahnya selepas banjir besar yang melanda Kota Tinggi kira-kira dua tahun lalu.

"Saya telah meletakkan katak tersebut di hadapan rumah saya selama hampir setahun tetapi tiada sesiapa yang menuntutnya. Jadi saya pun letakkannya di kolam tersebut", katanya. Sementara itu kolam ikan hiasan yang telah berfungsi semula lebih sebulan lalu telah diisi dengan ikat koi sebanyak 34 ekor. Sepuluh ekor daripadanya disumbangkan oleh Encik Salwi Senin.

Ihtifal Sukan SRAB- Balapan dan Padang

Sila lihat di laman facebook Sekolah untuk gambar dan liputan sekitar majlis