PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Ustazah Hjh Sapiah Binti Ali

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HEM
Ustazah Suaibatulaslamiah bt Mseran

Selasa, Julai 27, 2010

Empat Johan dan Satu Naib Johan

Tuan Pegawai Pendidikan Agama Kota Tinggi
Hj Ahmad Dhiauddin Rashid Salimin

Siti Firzanah bt Suhaeli
Naib Johan Syarahan Bahasa Arab

Abdul Hadi b Abd Rahman
Johan Hafazan Tahap 1

Mohd Syukri b Mohamadun
Johan Al-Quran (Putera)

Aisyah
Johan Al-Quran (Puteri)

Pada 15 Julai lalu seramai Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi telah menghantar lima orang wakil dalam Tilawah Peringkat Zon 2 yang telah berlangsung di Dewan Kampung Mawai Baru. Daripada lima wakil yang dihantar, seramai empat orang telah menjadi johan manakala seorang naib johan.

Johan akan mewakili Zon 2 ke Tilawah Peringkat Daerah Kota Tinggi yang bakal diadakan pada 3 Ogos ini di Sekolah Agama Bukit Aping Barat.

Selasa, Jun 08, 2010

SRABKT Penerima Anugerah SRAB Cemerlang Negeri Johor 2010






Selasa : 8 Jun 2010. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi hari ini dianugerahkan sebagai SRAB Cemerlang Negeri Johor pada Majlis Sambutan Hari Guru Agama peringkat negeri di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi.

Anugerah di sampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman. Seramai lebih 1000 orang hadir dalam majlis tersebut. YAB juga melancarkan Lagu Guru Agama Johor sebagai lagu rasmi Guru Agama Johor. Lagu tersebut adalah ciptaan Cikgu Yusazrin Kasiron.

Sabtu, Jun 05, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Cikgu Suzilahani Kariah
Guru Cemerlang 2010 SRABKT

Hadiah Guru Cemerlang 2010

Jumaat : 4 Jun 2010. Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung sehari sebelum cuti persekolahan semester pertama. Sambutan diadakan secara sederhana tetapi tetap meriah dengan persembahan guru-guru dan murid-murid SRABKT.


Acara dimulakan tepat pada jam 8 pagi dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Norhisham Bunawan bersama-sama semua guru, kakitangan dan semua murid. Selepas bertahlil semua yang hadir menjamu selera di kantin sekolah.


1SRAB. Murid didahulukan Pencapaian diutamakan.



Pekerja baru En Halim


Kasih sayang sorang anak kepada seorang ayah



Sahabat






Acara diteruskan dengan acara dewan iaitu alunan Asmaul husna, Lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Lagu Sekolah. Ini diikuti oleh persembahan koir guru-guru SRAB dan ucapan Guru Besar. Sambutan pada kali ini juga diserikan dengan persembahan murid-murid tahap 2. Antaranya persembahan sajak, pantun seloka, syair dan sketsa.
































































Ihtifal Sukan SRAB- Balapan dan Padang

Sila lihat di laman facebook Sekolah untuk gambar dan liputan sekitar majlis