PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Ustazah Hjh Sapiah Binti Ali

PENOLONG KANAN HEM

PENOLONG KANAN HEM
Ustazah Suaibatulaslamiah bt Mseran

Jumaat, November 20, 2009

Insan Cemerlang UPSR 2009 SRAB KT

ABDUL RAIS BIN ABDUL RAZAK
5 A
NURADLIN AZYYATI BT MD ARIF
5 A

NURUL IZZATUL HUSNA BT AHMAD SHIHAB
5 A

NORIS ZAYYANI BT ISMAIL
5 A


NURHANIS SOFEA BINTI ISMAIL
5 A


SITI MASTURINA BT SUHEILI
5 A


NUR THAQIFAH BT NORWANIDI
5 A

NIZAMUDDIN IZHAR BIN HASBOLLAH
4 A 1 B

SYARIFAH NUR HAZIQAH BTE SYED SHAHARON AZAM
4 A 1 B


NUR ALIYA HAFIZA BT SAAMIN
4 A 1 B

SITI NUR AMINARA BT MOHD AZLAN
4 A 1 B

HAFSAH HADHIRAH BT AYOB
4 A 1 B

NURUL AQILAH BT KAMAL
3 A 2 B

NOOR MUNIRAH BTE HJ YUSOF
3 A 2 B



Khamis: 19 NOVEMBER 2009. Seramai 54 orang calon UPSR Sekolah Rendah Agama Bersepadu Daerah Kota Tinggi (SRABKT) menerima keputusan mereka hari ini dengan penuh kesyukuran. Pada tahun ini warga SRABKT tentunya berbangga kerana dapat melahirkan seramai tujuh orang calon yang mendapat 5A, lima orang memperoleh 4A1B dan dua orang mendapat 3A 2B.
Pada tahun 2008, SRABKT hanya mampu melahirkan seramai 4 orang yang mendapat 5A. Kegembiraan ini dikongsi bersama oleh semua warga SRABKT terutamanya Guru Besar, Ustaz Adanan Bahari kerana ini merupakan kejayaan terbesarnya selepas menerajui SRABKT selama hampir setahun lalu.

Kejayaan kali ini bukanlah kejayaan sekelip mata kerana pelbagai usaha yang bersungguh-sungguh telah dijalankan sejak dari akhir tahun lepas lagi. Antara program yang dirancang dan telah dijalankan ialah, Jejak Gemilang, kelas tambahan, jadual anjal, solat dhuha dan hajat setiap hari, kursus-kursus teknik menjawab soalan dan pelbagai lagi.
YDP PIBG, Encik Alauddin bin Dato' Yusof yang hadir sama dalam majlis ringkas penyampaian slip keputusan UPSR turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian kali ini. Beliau juga menasihatkan agar jangan berputus asa bagi yang kurang berjaya.
Pengumuman keputusan dilakukan oleh Setiausaha Peperiksaan SRAB , Encik Yusazrin Kasiron.







Selasa, September 08, 2009

Program Belaian Kasih 2

Oleh : tkbars

Gambar 1: Ibubapa yang mengiringi calon UPSR


Gambar 2: Bacaan zikir dan doa
oleh Ustaz Mohd Salwi


Gambar 3: Calon-calon memakai topeng muka
sebelum masuk ke dewan

Gambar 4: Sebahagian ibubapa yang hadir

Gambar 5: Guru-guru SRAB

Gambar 6: Calon-calon beratur di sebelah dewan
setelah bersalam-salaman dengan ibubapa


Gambar 7: Menanti arahan masuk ke dewan

KOTA TINGGI- 8/9/2009. Pagi ini telah berlangsung satu lagi program kerohanian melibatkan semua calon UPSR, ibubapa dan guru-guru SRAB di kantin sekolah. Program dimulakan dengan taklimat akhir oleh Guru Besar dan Setiausaha Peperiksaan, diikuti dengan bacaan zikir dan doa yang diketuai oleh Ustaz Mohd Salwi bin Senin.

Ketika calon-calon beratur dan bersalam-salaman dengan ibubapa menuju ke Dewan Peperiksaan, suasana diiringi dengan laungan azan yang cukup syahdu oleh Al-Fadhil Ustaz Norhisham bin Bunawan. Seterusnya, calon dibenarkan masuk ke dewan pada jam 7.45 pagi.

Ibubapa yang mengiringi calon pula dipersilakan untuk ke Musolla SRAB untuk bermunajat dengan solat hajat, solat dhuha dan bacaan yasin.

Program Belaian Kasih

Bacaan Yasin dan Tahlil 7/9/2009 (Gambar 1)

Bacaan Yasin dan Tahlil 7/9/2009 (Gambar 2)

(Gambar 3)

KOTA TINGGI- 7/9/2009. Program akhir menjelang peperiksaan UPSR telah berlangsung di Musolla SRAB Kota Tinggi. Program Solat Hajat, Solat Dhuha, Yasin Dan Tahlil yang disertai oleh semua (54 orang) calon UPSR dan sebahagian besar guru-guru SRABKT itu telah berlangsung pada jam 10.45 pagi.
Program berunsur kerohanian ini dikendalikan oleh Tuan Guru Besar sendiri (Ustaz Adanan bin Bahari). Setelah selesai bersolat dan membaca yasin, semua calon dibawa ke Dewan Peperiksaan untuk bersalam-salaman dengan semua guru bagi memohon keredhaan dari semua guru.


Jumaat, September 04, 2009

Persiapan UPSR Murid-murid SRABKT Lancar

Dari kiri : Puan Norazlina, Puan Rosmaria dan Puan Siti Junaidah

Calon UPSR

Ustaz Adanan dan Encik Yusazrin


Calon-calon UPSR



Calon-calon UPSR




Jumaat- 4 September 2009. Persiapan terakhir untuk peperiksaan UPSR bagi murud-murid tahun enam SRAB berjalan dengan lancar. Pagi tadi barisan pengawas peperiksaan yang bakal bertugas telah memeriksa dewan peperiksaan dan kemudahan-kemudahan lain di SRAB Kota Tinggi. Satu taklimat akhir juga telah dijalankan oleh Setiausaha Peperiksaan Encik Yusazrin Kasiron bagi memastikan calon-calon mematuhi segala peraturan dan melakukan persediaan yang perlu.

" Perkara paling penting adalah dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran yang akan disimpan oleh pihak sekolah bagi memastikan ia tidak tertinggal di rumah", katanya.

Sementara itu, Ustaz Adanan bin Bahari, Guru Besar SRAB turut menyampaikan amanat terakhir beliau. Dalam taklimatnya, beliau menyampaikan harapan guru-guru dan sekolah terhadap calon-calon sepanjang peperiksaan berlangsung.

Khamis, September 03, 2009

Kak Fizah Selamat Menjalani Pembedahan

oleh: shahnizat


Oki ketika majlis doa selamat isterinya

JOHOR BAHRU- 3 September 2009. Isteri kepada Ustaz Norhisham bin Bunawan selamat menjalani pembedahan siang tadi. Pembedahan yang bermula pada jam 11.00 pagi itu berlangsung selama enam jam dan berakhir pada jam 5.30 petang.



Penyerahan sumbangan sekolah oleh Ustaz Adanan b Bahari

Guru Besar SRAB


Menurut Oki ( Ustaz Hisham ) yang dihubungi melalui telefon, isterinya kini berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar setelah pembedahan tadi berjaya mengeluarkan lebih kurang 50 butir batu-batu halus dari dalam hempedunya. Beliau juga mengharapkan doa dari seluruh warga SRAB Kota Tinggi agar isterinya dapat sembuh seperti sediakala.

Terdahulu, semalam telah berlangsung acara bacaan doa selamat dan penyerahan sumbangan pihak sekolah kepada Oki yang berlangsung di bilik mesyuarat SRAB Kota Tinggi.

Selasa, September 01, 2009

Program Tadarus

oleh : tkbars

Kota Tinggi -1 September. Program tadarus al-Quran Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi bagi tahun 2009 sedang berlangsung bermula hari ini hingga 15 September 2009. Program tahunan ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap al-Quran dikalangan murid-murid.




Penyelaras program ini, Ustazah Juhana Jalar berkata " Jadual yang telah disusun diharap dapat dilaksanakan dan kerjasama dari guru-guru dan murid amat penting dalam menjayakan program ini".




Sementara itu, program tadarus bagi guru-guru juga sedang berlangsung yang mana setiap orang guru dikehendaki membaca juzuk yang telah ditetapkan.

Isnin, Julai 20, 2009

ENCIK SALAMIAN SURIP KE SRABKT

KOTA TINGGI. 20 Julai 2009. SRAB Kota Tinggi akan menganjurkan Program Solat Hajat dan Motivasi Tahun Enam Siri 3 pada malam ini bertempat di Mosolla SRABKT. Program yang melibatkan murid-murid tahun enam, guru-guru serta ibubapa pada kali ini menampilkan Encik Salamian Surip dari Kem Kaizen sebagai penceramah undangan. Beliau merupakan penceramah motivasi yang terkenal di Negeri Johor.

Ustaz Norhisham Bunawan yang merupakan penganjur program ini berkata, pendaftaran ke majlis ini akan berlangsung pada jam 6.30 petang ini. " Semua ibu bapa kita jemput hadir bagi menjayakan program ini," katanya.

Isnin, Julai 13, 2009

SRAB Kota Tinggi Dapat Dua Johan Dan Satu Naib Johan

Oleh : Anak Malaysia

Isnin. 13 JULAI 2009. SRAB Kota Tinggi merangkul johan dalam dua kategori iaitu seni khat dan kuiz darjah dua dalam pertandingan tilawah daerah Kota Tinggi hari ini. Seni khat diwakili Insyirah bt Norhuda dari 3JF dan Kuiz diwakili Afi Azim dari 2JF.

Peserta tahfiz tahap dua yang diwakili Syukri pula memperoleh naib johan. Tahniah pada semua yang terlibat.

Ahad, Julai 12, 2009

Bapa Ustaz Nirhisham Meninggal Dunia.

oleh: tkbars
Ahad. 12 Julai 2009. Bapa kepada Ustaz Norhisham bin Bunawan dilaporkan telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi. Menurut laporan blog Shahnizat bin Sakiran pada pagi ini, beliau menerima sms tentang berita tersebut dari Ustaz Norhisham sendiri yang lebih dikenali dengan panggilan Oki.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan mengalami sakit buah pinggang dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Bagaimanapun Allahyarham telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya di Batu Pahat atas nasihat doktor.
Pihak Mingguan SRABKT merakamkan ucapan takziah kepada Oki sekeluarga di aras kehilangan tersebut. Mudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang beriman. Al-fatehah.

Sabtu, Julai 11, 2009

Tiga Wakili SRABKT Ke Peringkat Daerah


Oleh : Anak Malaysia

Kota Tinggi. 11 Julai 2009. Seramai tiga orang murid SRABKT akan mewakili sekolah dan Zon dua ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi yang bakal diadakan pada 13 Julai ini bertempat di Bandar Tenggara. Mereka adalah adik Nor Insyirah bt Hj Norhuda dari 3 Jannatul Firdaus, Mohd Syukri Abd Rahman dari 5 Jannatul Firdaus dan Afi Azim dari 2 Jannatul Firdaus yang masing-masing akan mewakili kategori Seni Khat, Tahfiz Tahap 1 dan Kuiz Darjah Dua.

Sejak memenangi pertandingan peringkat zon yang lalu, ketiga-tiga mereka telah menjalani latihan yang khusus bagi menghadapi pertandingan minggu depan. Menurut Guru Besar, Ustaz Adanan bin Bahari, SRAB sepatutnya menghantar satu lagi wakil iaitu adik Abdul Rais dari 6 Jannatul Firdaus yang menarik diri pada saat akhir. " Rais sepatutnya mewakili kita dalam kategori Syarahan Bahasa Arab, tetapi apakan daya beliau terpaksa menarik diri untuk memberi perhatian kepada peperiksaan UPSR beberapa minggu lagi", katanya dalam nada kecewa.

Pertandingan minggu depan juga mencatat sejarah tersendiri apabila salah seorang guru SRAB, Ustaz Shahrulnizam bin Salimon (gambar) telah diberi mandat untuk menjadi juruacara pada majlis tersebut. Beliau ketika ditemui berkata sudah bersedia dan berharap majlis yang bakal dikendalikannya nanti akan berjalan dengan lancar.

Misteri "Katak Gergasi" Terjawab

oleh : tkbars

KOTA TINGGI. 11 Julai. Misteri katak gergasi di kolam ikan hiasan SRABKT terjawab apabila Encik Sumeili Ali yang bertugas sebagai pengawal keselamatan mengakui beliaulah yang meletakkan replika katak gergasi di kolam tersebut sejak dua minggu lalu.

Kehadiran katak tersebut yang diletakkan di bawah air terjun kolam itu menjadi tanda tanya sejak dua minggu lalu kerana tidak diketahui dari mana asalnya. Menurut Encik Sumeili yang ditemui disini berkata, replika katak tersebut sebenarnya ditemui di rumahnya selepas banjir besar yang melanda Kota Tinggi kira-kira dua tahun lalu.

"Saya telah meletakkan katak tersebut di hadapan rumah saya selama hampir setahun tetapi tiada sesiapa yang menuntutnya. Jadi saya pun letakkannya di kolam tersebut", katanya. Sementara itu kolam ikan hiasan yang telah berfungsi semula lebih sebulan lalu telah diisi dengan ikat koi sebanyak 34 ekor. Sepuluh ekor daripadanya disumbangkan oleh Encik Salwi Senin.

Ihtifal Sukan SRAB- Balapan dan Padang

Sila lihat di laman facebook Sekolah untuk gambar dan liputan sekitar majlis